Saturday, September 14, 2019

Mari Mengenal Warna

Hi, Salam Sejahtera! 

Post kali ini bertujuan untuk berkonsgi serba sedikit serta membantu para guru juga para ibu bapa dalam memperkenalkan jenis-jenis warna yang ada kepada kanak-kanak.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang mudah dan boleh dilakukan bersama kanak-kanak. 
Antaranya:


1. Menampal cawan mengikut warna.



Apa yang boleh dilakukan oleh para guru mahupun ibu bapa ialah mencetak dua gambar diatas. Kemudian, menggunting cawan-cawan yang berwarna di atas dan menerangkan satu per satu warna tersebut. Apabila proses penerangan sudah selesai, ajak kanak-kanak untuk menampal cawan-cawan tersebut pada gambar yang kedua mengikut warna yang tertera. Cuba lakukan secara bersama agar aktiviti menjadi lebih seronok.


2. Mewarna Bersama


Mewarna juga antara satu aktiviti yang mampu menarik perhatian kanak-kanak. Berikan pensel warna pada kanak-kanak dan perkenalkan warna-warna yang ada pada mereka. Kemudian ajak mereka untuk mewarnakan layang-layang tersebut mengikut warna yang tertera.

Melalui aktiviti mewarna juga sebenarnya mampu menguatkan kemahiran motor kanak-kanak dan menguatkan tangan mereka untuk memegang pensel dan menulis kelak.


3. Suaikan Mengikut Warna

Melalui gambar di atas sebagai alat bantu mengajar, gambar tersebut juga bolehlah dicetak dan diberikan pada kanak-kanak. Lakukan aktiviti penerangan warna terlebih dahulu dan kemudian ajari kanak-kanak harus bagaimana untuk mereka menyuaikan mengikut warna.

Berikan mereka pembaris dan lakukan aktiviti penyuaian secara bersama.


4. Bermain Dan Belajar Melalui Origami

Origami kebiasaannya punyai daya tarikan tersendiri pada diri kanak-kanak. Kanak-kanak sangat teruja apabila terhasilnya sesuatu objek atau benda melalui aktiviti origami yang dilakukan. Antara origami mudah yang boleh dilakukan ialah:

I. Membuat tampalan mengikut warna

 




II. Membuat lipatan dan tampalan mengikut warna




III. Membuat guntingan, lipatan dan tampalan

 



Aktiviti origami ini boleh dilakukan mengikut tahap kesesuain kanak-kanak. Buat kanak-kanak yang masih baru di pra-sekolah atau tadika, mulakan mereka dengan tampalan ringan. Kemudian, dedahkan mereka pada aktiviti lipatan kerana lipatan mampu meransang otot tangan mereka. Dan seandainya mereka sudah boleh diharap dan pandai menggunakan gunting, baru dedahkan mereka untuk melakukan aktiviti guntingan.

Sambil aktiviti tampalan, lipatan dan guntingan ini dilakukan, para guru mahupun ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk menerangkan mereka tentang warna-warna yang ada pada bahan-bahan yang digunakan. 

Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang dilakukan dengan alat bantu mengajar ini diharapkan dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar dan mengenal warna-warna yang ada disekitar mereka.

Itu sahaja buat masa ini.
Terima kasih atas kesudian anda untuk membaca.

Mari Mengenal Warna

Hi, Salam Sejahtera!  Post kali ini bertujuan untuk berkonsgi serba sedikit serta membantu para guru juga para ibu bapa dalam memperk...